Teh Herba Pecah Beling
Untuk kajian anti kanser, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon dan kanser hati. Daun Pecah Beling bersifat antioksida dan ia mampu bertindak sebagai agen anti-oksidan, anti kanser, anti diabetes dan anti mikrob. Daun Pecah Beling terbukti mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser serta membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Daripada kajian makmal pula, daun Pecah Beling mempunyai kandungan mineral yang tinggi seperti Kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Ianya juga turut mempunyai kandungan Vitamin C, B1 dan B2 yang agak tinggi. Antara bahan lain yang terkandung di dalam Pecah Beling ialah katekin dan tannin. Kesemua kandungan ini membantu menyumbang kepada paras jumlah antioksidan yang tinggi jika dibandingkan dengan teh herba lain.
Cara Penggunaan:
Minum pada waktu pagi dan malam dan tak boleh ambil semasa datang haid.rendam satu sachet dgn air panas minum 1 gelas waktu siang(sachet yang sama boleh buat 2 kali).Makan pada waktu pagi dan malam dan tak boleh ambil semasa datang haid.rendam satu sachet dgn air panas minum 1 gelas waktu siang(sachet yang sama boleh buat 2 kali).
Kebaikan & Khasiat :
Kajian yang telah dibuat, Pecah Beling dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja yang menghadapi masalah batu karang, batu dalam hempedu, membantu masalah prostat dan kencing tak lancar. Pecah beling juga dapat membantu masalah hearnia dikalangan lelaki.